Ibadah Qurban di Kemboja bersama SAKSES

Ibadah Qurban di Kemboja bersama SAKSES
- Ruang AdminDaftar Affiliate - Login Affiliate  -

Pertubuhan Salam Kasih Sehati Sejiwa (SAKSES) 
Dahulunya kami dikenali dengan nama Pertubuhan Bakti Insan SAJADI Malaysia, kini kami rebranding...
 

“Alhamdulillah, 16 Tahun Pengalaman Kami Menguruskan Qurban dan Aqiqah di Kemboja"


Ustaz Dr Redzwan melaksanakan sembelihan lembu Qurban

Sebenarnya, pelbagai aktiviti dalam usaha membantu Muslim di Kemboja. Selain ibadah qurban setiap tahun, kami juga telah mengkhatankan anak-anak, membantu menyediakan kemudahan air telaga di beberapa kampung, khidmat sosial membantu sekolah-sekolah agama, bantuan persekolahan, program al-Quran dihatiku dan pelbagai aktiviti lagi....


Mejar Rela (Kehormat) Cikgu Mohd Noor bersama Team Medical Program Khatan Anak-anak Kemboja 



Hajah Raishan menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya dan peralatan pelajaran untuk anak-anak miskin di Kemboja

Salam Kasih Sehati Sejiwa,
       Terima kasih buat tuan-tuan dan puan-puan yang telah bersama kami selama ini. Semoga Allah s.w.t. mengganjari tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik pembalasan ketika di dunia ini terutamanya di akhirat nanti. Kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan tuan-tuan dan puan-puan serta seluruh seisi keluarga.

       Pada tahun 2026 ini, kami sekali lagi bersama Ustaz Halim Presiden The Association To Support  The Muslim Elderly Of Cambodia kembali memudahkan urusan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyalurkan ibadah korban di Kemboja.


Kenapa kami memilih Kemboja sebagai destinasi melaksanakan Ibadah Qurban ini?

1. Harga yang Lebih Murah

Berbanding dengan Malaysia, harga pasaran bagi satu bahagian korban di luar negara jauh lebih rendah. Bukan hanya harga untuk melaksanakan korban yang mahal, kos sara hidup juga meningkat.


Ini sering kali menjadi alasan bagi mereka untuk tidak melaksanakan ibadah korban disebabkan faktor kewangan.


Di Malaysia, harga 1 bahagian korban adalah antara RM650-RM700 dan terdapat juga tempat yang mencapai RM750-RM950.


Berbanding dengan melaksanakan ibadah korban di Kemboja, harga korban lebih murah.


Untuk 1 bahagian lembu, anda hanya perlu membayar RM375.00 dan untuk 1 ekor kambing pula, RM1000.00 . Terdapat dua sebab mengapa harga korban di luar negara lebih rendah.

  • Pertama, lembu yang dikorbankan merupakan lembu dari negara-negara ternak lembu. Di Malaysia pula, terdapat banyak lembu yang diimport. Oleh itu, harga di sini lebih mahal.
  • Kedua, faktor mata wang asing. Berbanding dengan Kemboja, mata wang Malaysia lebih bernilai.
Team SAKSES bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan yang  terbaik untuk anda disana

2. Membantu Saudara Islam Melayu

Adakah anda tahu di Cambodia (Kemboja) terdapat pemukiman minoriti orang Melayu?

       Pada suatu ketika dahulu, orang Melayu telah mewujudkan Empayar Champa pada kurun ke-2 Masihi. Empayar ini bertahan selama 1,643 tahun sehingga jatuh pada awal abad ke-19. Kini, terdapat kira-kira 17,000 orang Muslim Melayu di Cambodia. 

       Apa yang boleh dikatakan, golongan ini semakin kehilangan identiti.

       Terutamanya golongan muda sekarang tidak mahir bertutur bahasa Melayu dan budaya yang diamalkan adalah budaya tempatan. 

       Jika anda melaksanakan ibadah korban di Kemboja, masyarakat ini akan mendapat manfaat.

       Sebagai seorang Melayu Islam, anda juga dapat membantu saudara-saudara anda di sana. Ayuh, gembirakan hati penduduk Muslim di sana.

Program kami bersama Persatuan Amal Al-Quran DIHatiku bersama Anak-anak Tahfiz & Miskin di Kemboja

3. Kemboja Merupakan Dunia Kelas Ketiga

       Selain diklasifikasikan sebagai negara berpendapatan sederhana rendah yang masih berdepan dengan cabaran kemiskinan. khususnya di kawasan luar bandar. Sebahagian penduduk masih hidup dalam keadaan serba kekurangan, dan sektor pertanian terus menjadi antara sumber utama mata pencarian, dengan sebahagian besar tenaga kerja masih bergantung padanya.

       Walau bagaimanapun, beberapa sektor ekonomi Kemboja sedang berkembang, khususnya pelancongan, pembuatan dan pembinaan, selain sektor pertanian yang masih penting. Dari sudut pelaburan pula, Kemboja terus menerima pelaburan asing, termasuk daripada China dan negara serantau lain. Namun begitu, proses meningkatkan taraf hidup rakyat dan memperkukuh pembangunan negara memerlukan masa, dasar yang berkesan dan pertumbuhan yang inklusif, terutama kerana jumlah penduduk Kemboja kini melebihi 17.6 juta orang.


4. Orang Muslim Kemboja dan Kemiskinan

       Tidak seperti di Malaysia, kita perlu bersyukur kerana kita sentiasa dapat menikmati daging korban tidak hanya menjelang Hari Raya Korban tetapi sepanjang tahun. Bagi masyarakat Muslim di Kemboja, realitinya adalah majoriti dari mereka terdiri daripada golongan miskin dan lemah. Mereka juga pernah mengalami penindasan semasa pemerintahan komunis pada suatu masa dahulu. Mereka telah menghadapi pelbagai kekejaman dan penindasan dengan ketabahan.

       Oleh itu, untuk merasai kenikmatan daging korban seperti lembu atau kambing, mereka mungkin hanya memiliki peluang sekali setahun atau bahkan tidak sama sekali.


Wakil kami Ustaz Ilias menyampaikan sumbangan kepada warga miskin di Kemboja


Dibawah ini kami senaraikan kenapa anda perlu bersama kami:

#1 - NGO Kebajikan Masyarakat Berdaftar yang Diyakini dan Berpengalaman


       Pertubuhan Salam Kasih Sehati Sejiwa (SAKSES) dgn No Pendaftaran PPM-023-10-22022022 di bawah kategori Kebajikan Masyarakat   telah menguruskan korban dan aqiqah selama 15 tahun di Kemboja. Boleh rujuk Koleksi Gambar kami di Facebook Lama kami Pertubuhan Bakti Insan SAJADI Malaysia  (klik link biru). Boleh juga follow group telegram kami.

       Jika anda mempunyai niat untuk melakukan ibadah korban di Kemboja, anda tidak perlu risau lagi!



#2 - Berurusan dengan orang yang dipercayai

       Perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah bersama SAKSES diyakini kerana kami berurusan terus dengan Ustaz Halim merupakan seorang pendakwah serta Presiden The Association To Support The Muslim Elderly Of Cambodia yang merupakan sebuah pertubuhan dipercayai telah membantu ramai penduduk Muslim di Kemboja khususnya di Kampong (Negeri) Champ. Kerjasama juga kami perolehi dari Jabatan Mufti di dua Negeri iaitu Kampong Champ dan Kampong Prik Priang serta Ketua Polis Negeri Kampong Prik Priang yang merupakan kanda kepada Ustaz Halim.

Penaung (Cikgu Md Noor) menyerahkan cenderahati buat wakil kami di Kemboja (Ustaz Halim) diperhatikan oleh Presiden SAKSES (Cikgu Aamanu)


#3 -  e-Sijil dan Bukti

       Setiap peserta akan mendapat e-Sijil Perlaksanaan yang menyatakan tarikh dan tempat perlaksanaan ibadah korban dan juga aqiqah.  Sijil tersebut disahkan oleh Presiden SAKSES bersama Presiden The Association To Support The Muslim Elderly Of Cambodia. Manakala bukti bergambar turut disertakan sejurus pelaksanaan ibadah Qurban dan Aqiqah kami laksanakan di hantar melalui Group Telegram. Link group akan diterima selepas semua proses pembayaran dan penghantaran borang selesai. 

# 4 - Urusan dipermudahkan

       Kami sentiasa melangkah semakin maju sejak permulaan pertubuhan ini bergerak. Kini urusan semakin dipermudahkan dengan pembayaran secara atas talian . Berbanding sebelum ini banyak dilaksanakan secara manual sahaja. Terima kasih buat pasukan Multimedia SAKSES yang sentiasa mengikut perkembangan zaman. 

 
#5 - Ahli Pasukan yang berkelayakan tinggi

       Untuk pengetahuan semua, pasukan kami terdiri dari golongan profesional yang menjalankan tugas bukan niat mencari keuntungan. Berpegang pada moto 'You Contribute, We Distribute' membawa maksud, semua yang anda sumbangkan melalui kami, akan kami salurkan kesemuanya kepada penduduk di sana tanpa berasaskan keuntungan peribadi. Pendaftaran pertubuhan kami juga didaftarkan dibawah kategori Kebajikan Masyarakat telah meletakkan asas yang kukuh kepada pertubuhan kami bukan mencari keuntungan berbanding anda melaksanakan ibadah korban melalui syarikat-syarikat yang berasaskan keuntungan.

Team SAKSES yang komited. 'You Contribute, We Distribute'.

 
# 6 - Hubungi Pasukan kami

Mejar  Bersekutu (RELA)  Aamanu Ibrahim (Pengerusi)
Pengetua, SMK Kelana Jaya 
012-3875256

Mejar Bersekutu (RELA) Mohd Noor Hj Abd Samad   (Timbalan Pengerusi)
Penasihat Akademi ProSilat / Pemegang Amanah Silat Seni Gayung Negeri Johor
013-7220786

Hjh Zaharah Raishan Mohd Yassin   (Naib Pengerusi)
Aktivis Khidmat Masyarakat. Pensyarah Separuh Masa di UniKL MITEC, Johor, Kolej MDIS & Bangor University 
012-7072722

Kapten Che Saad Mohd Salleh   (Naib Pengerusi)
Pegawai Kanan Procurement, MAS Airlines
013-2396699

Ustaz Dr Mohd Redzwan Abdul Mutalib   (Naib Pengerusi)
Pensyarah Utama, Kolej Komuniti Jerantut. Aktivis Masyarakat. Guru Takmir. Jurunikah. Penyembelih Qurban di Kemboja
010-3177699

Bahrin Alipah   (Pen.Setiausaha)
Event Management 
013-6337786

Pn Faidzah Abd Razi   (Bendahari)
Aktivis Sosial & Event Management.
013-6117786

Mohd Parwez Abdul Maroof ( Naib Pengerusi)
Ahli Perniagaan
012-3188888

Khairul Anuar Hashim   (Setiausaha)
SNR Technician 
011-4610416

Shaharudin Mat (AJK)
Senior Supervisor, OMRON Malaysia 
011-57542786   

Pendedahan berani kami, membuktikan niat murni kami untuk membantu menyalurkan khidmat kami kepada penduduk Muslim di Kemboja.



# 7 - Testimoni 

Ramai yang telah menyertai kami. Sangat berpuas hati dengan servis kami. 



Jom bersama kami! Disamping anda menyempurnakan ibadah Sunat Muakkad, inilah ibadah yang bakal menggembirakan penduduk Muslim di Kemboja!

Sekian, terima kasih

[KAPTEN CHE SAAD BIN MOHD SALLEH]

Ketua Pasukan Program Ibadah Qurban ke Kg. Champ & Perik Priang, Kemboja

 

P.S.  Sila sertai group Telegram yang disertakan melalui mesej anda klik sini






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
[RM399/LEMBU] Korban/Akikah Kemboja 2026 + Sijil Digital
[RM1000/KAMBING] Akikah Kemboja 2026 + Sijil Digital
[RM4/SEHARI] Fidyah Kemboja 2024
Sumbangan untuk Guru Agama dan Warga Miskin Kemboja
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

1. 2. 3. 4.
5. 6. 7.

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Pertubuhan Salam Kasih Sehati Sejiwa
sakses786@gmail.com